Islamic Widget

Saturday, October 10, 2009

KEBENARAN ALQURAN DAN KEJADIAN GEMPA DI SUMATERA

Assalamualaikum Kepada semua Umat Islam dan Selamat Menyambut Hari Raya


Alhamdulillah bersyukur kepada Allah yang memberikan kita kesihatan dan nikmat Iman dan Islam

sebagai Umat Islam sudah tentu kita yankin dan percaya tentang kebenaran Al-Quran nul karim yang di turunkan kepada kita untuk dijadikan pedoman dalam setiap segi urusan dan peraturan yang akan kekal dan RASIONAL sepanjang zaman


Sesuatu yang mengejutkan saya ape bila melihat ayat al-Quran Surah Al-Isra' ayat 16 & 58 iaitu( 17:16 daN17:58 ), boleh baca terjemahan dibawah, buat penilaian dan semak



16. Dan jika kami hendak membinasakan suatu negeri, Maka kami perintahkan kepada orang-orang yang hidup mewah di negeri itu (supaya mentaati Allah) tetapi mereka melakukan kedurhakaan dalam negeri itu, Maka sudah sepantasnya berlaku terhadapnya perkataan (ketentuan kami), Kemudian kami hancurkan negeri itu sehancur-hancurnya. (17;16)


58. Tak ada suatu negeripun (yang durhaka penduduknya), melainkan kami membinasakannya sebelum hari kiamat atau kami azab (penduduknya) dengan azab yang sangat keras. yang demikian itu Telah tertulis di dalam Kitab (Lauh mahfuzh). (17:58)


Kejadian yang ingin saya kaitkan adalah kaitan kempa bumi baru-baru ini yang melanda Padang Sumatera,.Kejadian gempa pertama adalah pada jam 5.16pm jika dikira dalam sistem 24jam sama 17:16 dan kejadian yang kedua pada pukul 5.58 atau 17:58..Subahanallah Allahuakbar ternyata ape yang di turunkan kepada kita tidak sikitpun tersasar dari KALAMULLAH yang mulia..nasihat dan didikan yang disampaikan kepada kita tepat dan benar,.tetapi ramai orang yang kufur nikmat terutama nikmat Iman dan ISlam.


Semoga kejadian dan bala bencana tersebut menjadi keinsafan kepada kita yang masih hidup dimuka bumi ini,.sebarkanlah dakwah kepada semua manusia,.jangan terikat kepada orang Islam sahaja kerana agama Islam akan menyelamatkan semua dari kebinasaan.